Total Pageviews

Monday, February 14, 2011

Perlu ke utk memaafkan??

"Apabila kita terluka, selain untuk bangun semula, satu perkara yang mungkin susah untuk dilakukan adalah dengan memaafkan yang melukakan itu.

Mungkin juga jika kita memaafi, kita takut seolah-olah kita menerima dengan rela hati perbuatan yang melukakan kita itu.

Memang akan ada suara-suara sinis yang berkata,
"Sedangkan Rasulullah S.A.W ampunkan umatnya"

Mungkin yang berkata itu terlupa bahawa kita bukan rasul. Tidak punya sifat maksum. Tidak punya akhlak yang baik. Tidak punya kekuatan sekental rasul.

Jadi, ambil jalan yang tidak menyeksa diri. Biarkan sahaja, jangan memaafkan. Maaf itu akan datang apabila kita bersedia. Tiada kemaafan separuh kalau fikiran kamu menerawang sekarang.

Hanya memaafkan atau tidak memaafkan.

Mungkin sebelum memaafkan orang lain, kita patut cuba memaafkan diri sendiri terlebih dahulu kerana membiarkan diri kita terluka.

Ya, kita patut cuba yang itu dahulu."

No comments:

Post a Comment