Total Pageviews

Wednesday, June 22, 2011

Pesanan...

  • Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan.
  • Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
  • Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
  • Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu.
  • Hargailah orang yang menyayangi kamu..bukan mengejar orang yang kamu sayang..kerana orang yang menyayangi kamu lebih menghargai dirimu seadanya.
  • Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.
  • Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
  • Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
  • Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.
  • Bayangmu hanya senja di fikiranku, lukisanmu hanya sebekas titik di mataku, Perasaanmu tak pernah memeluk jiwaku... Semua tentangmu tak pernah mampu menembus mimpiku dan tak pernah terbenam di hatiku... Ku akui aku tak pernah bahagia bersamamu.
  • Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.
  • Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.
  • Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
  • Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
  • Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.
  • Jatuh cinta adalah hal yang mudah, memeliharanya pun tak sulit, kesepian manusia sudah cukup menjadi penyebabnya. Yang sulit dicari adalah teman yang kehadirannya terus menerus menjadikan dia orang yang terus diinginkan.
  • Kita mungkin menangis kerana menyintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat.
  • Perasaan paling pahit yang terpaksa ditelan adalah duduk disebelah seseorang yang bererti bagi anda dan mengetahui bahawa anda tidak bererti apa apa padanya.
  • Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya. Jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya.
  • Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
  • Sekiranya cinta kamu tidak bersatu dengannya, jangan sesekali melukai perasaannya dengan kata-kata yang kasar, kenangilah saat-saat indah percintaan yang pernah dilalui kerana `tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan’ itulah ketentuan takdir walaupun ianya pahit sebagai hambaNya harus kita terima dengan penuh keredhaan dan kesabaran.
  • Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
  • Putus cinta memang menyedihkan.. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.
  • Jika sekali bercinta biarlah sekali itu bercinta, jika gagal kali pertama, yakinilah untuk mencuba yang kedua dengan hati ikhlas. Jika gagal lagi kali kedua, yakinilah bahawa cinta2 itu terpahat di satu sudut yang sukar untuk dilalui.. tapi jika dapat memilikiNya maka tiada yang lebih indah dari sebelumnya.
  • Tiada KEIKHLASAN tanpa KEJUJURAN, tiada KEMESRAAN tanpa KASIH SAYANG, tiada CINTA tanpa AIR MATA, tiada DUKA tanpa SENGKETA, tiada RAHMAT tanpa IZINNYA..!
  • Secebis kasih membuat kita sayang, secubit mesra menumbuh rasa cinta, secangkir janji membuat kita percaya, sedikit dusta membuat kita terluka, namun secalit ukhwah selamanya akan terasa.
  • INGATI bila sunyi, RINDUI bila jauh, FAHAMI bila keliru, NASIHATI bila leka dan MAAFKAN bila terluka.
  • Mengenalimu 1 kesyukuran, bergurau denganmu 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan.. 1 permintaanku semoga segalanya berkekalan.
  • Cinta membuat kita istimewa, rindu membuat kita terbayang, sayang membuat kita bahagia, terluka membuat kita merana, tapi persahabatan bermakna selamanya.
  • Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu.
  • Andai tiada penawar berbiasa jangan mencari cinta manusia. jika kehadirannya tanpa diduga bererti Allah ingin menduga dan bercintalah keranaNya. Yakinlah Allah mengerti segalanya.
  • Berkawanlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan, berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang.
  • Manusia akan bahagia bila disayangi, diberi perhatian, dicintai, sedikit bangga bila diri dirindui. Tapi oleh kerana terlalu nafsu mengejar semua ini, kita tak sedar yg kita telah melanggar perintah Allah. Betapa wanita itu akalnya setipis rambutnya, hatinya seperti kaca & perasannya yg selembut sutera itu maka hendaklah di bekalkan dgn ilmu, dikuatkan dgn iman & dihiasi dengan akhlak.
  • Cinta adalah kekuatan..cinta juga kelemahan...terpulang pada kita memilih jalan yg derita mahupun bahagia, oleh itu cintai dirimu terlebih dahulu sebelum cintai orang lain......

No comments:

Post a Comment